Jantung Berdebar Apakah Tandanya

 

 

struktur-jantung-manusia1

 

 

 

Awas sekiranya jantung anda berdebar kerana ia memberi petanda gejala sakit jantung atau masaalah kesihatan pada organ lain. Proses ini berlaku terhasil apabila ia berdegup secara tidak normal. Kegiatan tidak normal seperti degupan yang pantas, degupan perlahan atau denyutan tidak normal. 

Ia juga berkait rapat dengan perasaan cemas, masaalah gula darah yang rendah atau hipoglisemia. 

Anda perlu lakukan 7 saranan untuk meredakannya :

  • Batuk  

Batuk dengan kuat untuk menjadikan irama jantung lebih teratur. Tarik nafas dalam dalam dan cuba batuk sekuat hati beberapa kali.

  • Mandi Air Sejuk

Kembalikan degupan jantung yang normal dengan mandi atau cuci muka dengan air bersuhu rendah.

  • Latihan Pernafasan

Latihan pernafasan dapat membantu anda lebih fokus. Terdapat tiga jenis pernafasan yang boleh di amalkan iaitu pernafasan perut, diafragma dan dada.

  • Olahraga

Ia baik untuk kesihatan jangtung dan meredakan stress. Ketita jantung berdebar kencang cuba lakukan senaman ringan seperti berlari atau berjoging.

  • Magnesium

Magnesium baik untuk meredakan debaran jantung, membuat tubuh lebih tenang dan tidur lebih lena.  Sumber magnesium boleh di dapati dalam makanan seperti sayuran dan supplemen tambahan.

  • Hidrasi

Masaalah kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan jantung berdebar.  Pastikan anda minum air suam secara konsisten sebanyak 8 gelas sehari.

  • Bersanatai

Stress, cemas, kaget dan sebagainya boleh mebuat jantung berdebar lebih kuat.  Anda kena berusaha untuk sentiasa tenang dan rehat yang cukup.

 

Anda kena tahu punca debaran jantung dan cara mengatasinya. Masaalah ini boleh di alami oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat usia. Sekiranya ia merasa pedih tidak terperi, segeralah berjumpa pakar untuk memeriksa. 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *