Spirulina Elken

Apakah itu Spirulina?

Spirulina adalah organisma yang ringkas dan bersel tunggal yang mendapat nama daripada perkataan Latin iaitu ‘helix’ atau ‘lingkaran’ kerana ciri fizikalnya seperti satu lingkaran. Nama saintifiknya ialah Arthrospira Platensis dan tergolong dalam kelompok cyanobakteria.

Dipercayai sebagai tumbuhan hidup yang tertua di bumi, sudah wujud selama 3.6 bilion tahun. Alga biru-hijau ini diiktiraf secara global sebagai makanan semula jadi yang terunggul.

 

Apakah kandungan yang ada dalam Spirulina 

1. Kaya dengan Kepelbagaian Nutrisi dalam Nisbah yang Seimbang

Badan manusia memerlukan lebih daripada 60 jenis zat nutrien dari pemakanan harian untuk berfungsi secara optimum. Kekurangan salah satu zat nutrien mungkin akan menghadkan penyerapan zat nutrien penting lain. Dalam jangka panjang, ini akan menyebabkan ceraian rantaian nutrisi dalam badan.

Spirulina Organik kaya dengan 5 nutrisi utama seperti: protein, karbohidrat, asid lemak perlu, vitamin dan mineral serta lain-lain zat nutrien.

Ia juga mempunyai nisbah zat nutrien perlu yang seimbang untuk memaksimumkan penyerapan, menjadikannya salah satu suplemen yang paling seimbang dan lengkap di pasaran kini.

2. Nutrien Berkepekatan Tinggi

Spirulina Organik bukan sahaja mengandungi nutrien yang berbagai-bagai, ia juga mempunyai 6 nutrien komprehensif utama.

3. Alkali sepenuhnya

Keadaan badan yang beralkali mampu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan selular. Justeru, kita perlu mengambil lebih banyak makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu. Tetapi tahukah anda bahawa Spirulina Organik merupakan salah sejenis makanan yang paling beralkali?

4. Sumber Protein yang Tinggi dan Lengkap

Spirulina Organik mempunyai kandungan protein tertinggi berbanding makanan lain iaitu setinggi 70%. Spirulina Organik juga merupakan sumber protein yang paling senang dicerna, yakni 12 kali lebih banyak protein boleh guna berbanding daging!

Tambahan pula, kandungan proteinnya sangat lengkap dengan 8 jenis asid amino perlu dan berbeza sekali dengan makanan lain berasaskan tumbuhan yang kekurangan satu atau lebih asid amino tertentu. Ianya juga bebas daripada kolesterol, hormon pertumbuhan, antibiotik dan lemak tepu.

5. Tinggi Kandungan Antioksida

Spirulina Organik mempunyai keupayaan antioksida yang berkesan disebabkan tinggi kandungan SOD (Super Oxide Dismutase), sejenis nutrien anti-penuaan yang sangat berkesan.

6. Amat Senang Dicerna dan Diserap

Sebagai sejenis makanan sel tunggal dengan dinding sel yang lembut (membran nipis) yang diperbuat daripada gula kompleks, enzim dan protein, Spirulina Organik amat senang dicerna dan diserap berbanding sayur-sayuran, buah-buahan dan alga serta klorela. Ciri-ciri ini membuatkan Spirulina Organik amat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah pencernaan yang tidak baik seperti kanak-kanak dan warga emas.

“Spirulina Organik sememangnya makanan semula jadi yang luar biasa, mengandungi lebih daripada 60 jenis zat nutrien dan membekalkan pelbagai manfaat kesihatan.

Spirulina Organik – makanan untuk kehidupan anda!”

 

 

5 Keunikan Elken Spirulina

 

Keunikan 1 – Disahkan Organik

Penanaman secara organik Elken Spirulina memastikan agar Elken Spirulina tidak dicemari dengan racun perosak dan bahan kimia merbahaya, justeru bebas daripada sisa kimia, baja, racun perosak, antibiotik, bahan pengawet dan bahan tambahan lain. Makanan organik juga telah diiktiraf mengandungi 4 kali ganda lebih tinggi nilai pemakanan berbanding makanan yang dihasilkan melalui kaedah pertanian tradisional.

Keunikan 2 – Pengasas Terkemuka

“Bapa Elken Spirulina”, Profesor Keiun Kodo terkenal dengan sumbangannya dalam penyelidikan spirulina dan kemudahan penghasilannya melalui metode dan teknik yang paling optimum dalam penanaman spirulina untuk kegunaan harian bermula tahun 1973.

Keunikan 3 – Anugerah Antarabangsa

Elken Spirulina telah menerima lebih daripada 20 pensijilan dan pengiktirafan untuk kesemua 6 proses utama termasuk penyelidikan, penanaman, pra-produksi, pasca-produksi, kawalan kualiti dan pemasaran.

Keunikan 4 – Analisis, Kajian Saintifik dan Klinikal

Kajian klinikal ke atas Elken Spirulina menunjukkan bahawa ia dapat membantu:

  1. Pengurangan kolesterol LDL sebanyak 78.9%
  2. Memperlahankan proses penuaan sehingga hampir 50% dengan SOD
  3. Kira-kira 16% peningkatan pembaikan mikroflora gastrousus
  4. Mengurangkan masalah hati berlemak sekurang-kurangnya 50%
  5. Meningkatkan kepekatan beta-karotena dalam darah sebanyak 3 kali ganda.

Keunikan 5 – Rekod Berprestij

Elken Spirulina telah memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna setia dan telah membantu memperbaik kesihatan mereka selama lebih daripada 20 tahun.

 

 

 

wasap.com/60197555392/elken

tq  🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *