Makanan Sunnah Ketika Mengandung

 
945045_1390127907870407_531547504_n
Kehamilan adalah saat yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri.  Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu.

Berikut merupakan makanan makanan yang terbaik buat ibu semasa kehamilan:-
1. WALNUT

 

walnut

 

Rupanya yang kelihatan seperti otak manusia dipercayai sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Secara umum mengetahui, bahawa didalam walnut mengandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu ibu yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

2. BUAH DELIMA

delima

 

Terdapat banyak khasiat yang sangat baik didalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan. Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

3. KURMA

kurma

Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada ibu hamil hal ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral didalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masaalah sembelit.

4. MADU

madu

Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

5. SUSU KAMBING

susu kambing

Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat didalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan oleh kita terutamanya ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kakinpada wanita itu sendiri. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda saya telah mengamalkan minum madu lebah / Royal Jelly serbuk ketika saya mengandungkan anak saya. Alhamdulillah saya tidak mengalami apa apa simptom yang teruk semasa mengandung. Selain daripada itu komplikasi ketika bersalin secara operation pun tak seteruk mana kerana selepas OT dalam masa selepas 6 jam saya sudah di buka drip dan boleh bangun sendiri ke bilik air. Alhamdulillah. Selain daripada itu saya minum susu New Image LifeLine untuk menjaga kesihatan saya.  Anak sihat ibu pun sihat. 

Lagi satu selepas 6 bulan pregnant u all amalkan makan buah delima..tetapi u all makan seorang ya dan selawat untuk bayi dalam kandungan sihat, putih, cantik mata dia dan segala kebaikkan akan di pelihara. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *