ENDOMETRIOSIS BERMULA SEMENJAK USIA GADIS

ENDOMETRIOSIS BERMULA SEMENJAK USIA GADIS

Beginilah yang berlaku dalam abdomen pesakit endometriosis. Darah haid (yang sepaturnya keluar) tetapi membanjiri di dalam abdomen di sekeliling rahim ovari dan saluran fallopian.

Bila ia berlaku, tiada peluang untuk telur ovum isteri dan benih suami disenyawakan. Maka tiada peluang untuk hamil.

Endometriosis selalunya bermula ketika masih dalam usia gadis dan sudah menjadi teruk apabila telah dewasa (selalunya dalam usia 30an).

Tanda awal adalah rasa senggugut yang kuat ketika haid.

Oleh itu jika mengalami senggugut yang kuat setiap kali haid pads usia 30an, elok buat pemeriksaan ultrasound.

Perlu buat scan abdomen untuk melihat imej rahim dan ovari bila gadis mengalami rasa senggugut yang berulang-ulang setiap kali haid dan bertambah sakit.

Kebanyakkan masalah senggugut ketika remaja akan pulih bila semakin dewasa. Kebetulan mereka telah berkahwin pada usia ini. Jadi ramai yang mengatakan bahawa bila berkahwin, rasa senggugut akan hilang.

Tetapi ada yang mengalami penyakit endometriosis dirangsangkan oleh masalah stress yang mengganggu tanpa dikawal dengan baik, disamping tidak gemar mengambil sayuran dan buahan dalam pemakanan. Sistem imuniti menjadi lemah dan mudah mendapat pelbagai penyakit termasuk endometriosis.

kredit: Dr Hamid Arshat.

 

Image may contain: one or more people

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *