Cegah Sebelum Parah

 

1186170_10200596693739593_392934298_n

 

Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati tak ada penawarnya. Kita kena ikhtiar jangan putus asa. Kali ini saya nak menceritakan serba sedikit berkenaan penyakit yang sering kita alami. Terutamanya zaman kanak kanak hingga lah ke umur dewasa dan seterusnya usia emas.  

Gastrik 

Arwah emak saya mengalami gastrik selama usianya meningkat uzur, lama dia menahan sakit sampailah satu ketika gastriknya dah menjadi Ulcer. Ulcer tu dah luka dan keluar lah darah yang banyak, dia lelah dan terduduk kesakitan hingga ambulan datang untuk membawa beliau ke hospital. Setelah di rawat di hospital ia makan tahun, selama 10 tahun emak saya makan ubat untuk menahan sakit gastrik akhirnya beliau telah jatuh sakit yang teramat sangat. Saya telah membawa beliau untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Di Kuala Lumpur. Masih terbayang di fikiran emak saya meminta kami membawa ke hospital akhirnya kami bawa juga dia ke sana. Tetapi sudah terlambat kerana Ulser sudah merebak menjadi Cancer Perut

Doktor telah menyuruh kami sekuarga membawa emak balik ke rumah kerana beliau sudah uzur tak berdaya nak buat operation dan tiada pilihan lain hanya menunggu masa. Memang betul jangkaan doktor..pada hari Jumaat 4/01/2001 emak saya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi kami sekuarga, saya lah yang telah mengajar mak mengucap dua kalimah Shahadat. Alhamdulillah emak sudah pergi mengadap penciptanya.. Sedih tak terkata kerana peristiwa ini jadi sekelip mata di hadapan saya. Subhanallah. Al Fatihah

Berbalik kepada Gastrik,

Tanda tanda gastrik :

  • Sakit perut di bahagian atas perut 
  • Pening kepala
  • Angin dan sendawa yang kerap serta kentut yang kerap. Terasa sakit di bahagian hulu hati
  • Muntah
  • Badan merasa lemah dan lesu
  • Berat badan menurun
  • Najis menjadi hitam atau pun gelap ( kerana ia sebati dengan darah)

Faktor faktor yang mempengaruhi :

  • Pengambilan ubat tahan sakit (Pain Killer) seperti brufen, aspirin. Ia boleh memburukkan lagi ulser. 
  • Kemungkinan Reflux yang berkaitan dengan kecerderaan yang menyebabkan asid yang berlebihan pada perut dan ia menjadi nipis.
  • Darah jenis A
  • Pengambilan kafein dan alkohol yang berlebihan
  • Merokok
  • Permakanan yang tak terurus
  • Stress

Langkah langkah yang perlu di lakukan :

  • Amalkan makan dengan cara yang kerap. Makanan yang ringan adalah makanan yang utama. 
  • Rehat yang cukup.
  • Makanan yang mengadungi sulfur adalah di galakkan contoh bawang putih, brokoli, kobis mesti di utamakan. Ia akan melindungi lapisan perut.
  • Di galakkan untuk mengambil vitamin C 100mg akan mengurangkan kesan cancer perut.
  • Makan zink dalam permakanan harian untuk proses penyembuhan.
  • Pengambilan Priobiotik seperti vitagen harus di amalkan untuk bakteria yang baik.

Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *