Duit yang hilang sure sedih bukan???

Kisah duit harta serta keimanan… jadikan ia satu ikhtibar k  😎 

Saya telah di didik untuk berjimat cermat di dalam hal menabung duit seharian. Setiap bulan saya akan pergi ke Pejabat Pos untuk mengisi duit tabungan saya tak kiralah seberapa banyak yang boleh. Saya akan kumpulkan setiap bulan duit simpanan saya. Alhamdulillah emak saya amat menyayangi saya setiap hari di beri duit belanja sekolah. Daripada situ saya telah belajar berjimat cermat. Kakak saya apabila beliau balik daripada Kuala Lumpur ada sahaja buah tangan untuk saya…terutamanya baju baharu atau pun Teady Bear yang besar di belikan untuk saya.. Happy tak terkata kan dapat hadiah. Apabila Akak nak balik sure lah dia akan memberi saya sedikit duit untuk berbelanja ke sekolah..hahha itu lah tabungan saya bertambah setiap bulan..Alhamdulillah. 

Apabila saya sudah meningkat dewasa saya telah menabung di dalam ASB..di situlah bermulanya kehidupan untuk menambah kewangan berbelanja. Waktu bekerja juga saya telah menyimpan duit bekerja saya seberapa yang mampu serta mengambil loan ASB agar duit tersebut terus melekat di dalam simpanan untuk di bayar.. Alhamdulillah sebelum tamat matang lagi saya sudah menebus duit tersebut.. So ada lah nampak hasil titik peluh kita untuk menyimpan harta yang ada.

Di dalam mengejar kekayaan dunia ada juga pihak pihak yang mengambil kesempatan untuk menipu duit yang kita ada. Hmmm saya telah melabur di dalam skim cepat kaya kerana telah tertarik dengan kata kata manis saudara saya..hahha at last saya tertipu juga..tenganga juga lah saya sebab saya telah kehilangan semua duit yang dilabur..nak kata apa kan bukan rezeki..

Kemudian kawan kawan mengenalkan saya pada MLM ..hahha terkena lagi saya sudah serik untuk joint mana mana MLM yang menjanjikan duit..rumah serta harta..habuk pun tarak.. 

 

Sudah jatuh di timpa tangga  

Nangis pun tak berguna lagi 

 

Di dalam zaman cyber yang serba canggih ini saya amat suka sekali melayari internet di FB.. Cerita ini bermula daripada seorang hamba Allah yang telah mengenalkan dirinya sebagai seorang ahli perniagaan di Kota London…Hmmm pada mulanya saya memang tak respond dengan PM beliau di FB ..tetapi kerana beliau tidak putus asa ada sahaja msg PM yang di tinggalkan. Nak jadikan cerita msg yang di hantar adalah sebuah tulisan berbahasa Melayu bukan Bahasa Ingeris.

So saya pun terbalas PM beliau..hmmm perkenalan yang singkat hanya bulan ke 3 beliau telah mengatakan ada mengirim parcel kepada saya.. adoiii  😀  saya amat terkejut sekali. Masa itu saya tidak terfikir apa apa lagi.. katanya nanti ada orang akan call saya.. Bermula lah call daripada beberapa orang yang tidak di kenali katanya daripada agent Sarawak..Parcel tersebut ada banyak mengandungi duit.. about beberapa Ribu Pound Sterling .. Pada mulanya saya merasa takut dan terkejut apabila mengetahui perkara tersebut. Orang yang pertama itu seorang perempuan..slang macam orang kita..cakap bahasa Melayu.. Than dia minta duit untuk tujuan pemprosesan barang tersebut..saya bayar la sebab kenalan saya kata itu procedure kena bayar..

Rupa rupanya ia adalah scammer..duit yang di beri ingatkan untuk mendapat apa yang di hantar melalui parcel..terkedu seketika..Hati hati uall awang negro telah merencanakan semua ini..Saya Tertipu bukan sedikit wang yang mengalir Tetapi saya Redha ..sebab saya yakin Allah akan menguji setiap insan dengan berbagai bagai cara..Scammer telah merompak duit saya..  😥  

Agak lama untuk  saya menyedari hal seperti ini.. Mereka telah menggunakan black magic untuk mendapatkan sesuatu daripada kita.. Alhamdulillah saya sedar 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya bukan.. kini saya bangkit semula untuk menebus apa yang telah saya lalui..semuanya saya tolak tepi ..berbekalkan duit yang tinggal saya telah melabur dalam harta tanah..nampaknya ia berkesan. 

Semoga di tahun yang mendatang ini saya berhati hati dengan permainan dunia yang semakin membimbangkan.. harta dunia hanya sementara..ilmu yang ada tetap di jadikan pelajaran 

Sekian coretan saya pada hari ini ..hati hati kerana ia tidak mengira sesiapa yang akan terkena tipu 

 

 

1902042_681845701857763_1909824551_n

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *