Perjalanan yang panjang

Cerita ini tidaklah seindah mana 😆  ..hahhaha but semua ini hanyalah satu perjalanan saya ke beberapa buah negara yang saya lawati..

 Pada usia saya remaja 17 tahun saya sudah pun melawati ke negara UK..sapa sangka selepas saya menduduki peperiksaan SPM kakak saya telah mengajak saya bercuti ke tempat dia belajar.  Apa lagi happy sesangat la masa tu..saya hanya pergi seorang menaiki pesawat MAS.. memang ramai orang Malaysia yang pergi bercuti masa tu. hmm saya telah berkenalan dengan orang yang duduk di sebelah saya..iaitu seorang berbangsa China daripada Singapore.. hmm bersama beliau adalah isteri beliau hanya seorang yang pendiam.. tetapi mamat China ni suka bercerita macam macam termasuk lah pasal agama Islam. Ada ke patut dia kata sepatutnya saya ialah isteri beliau satu hari nanti..mana mungkin. Pelik bukan.  😉

Semasa perjalanan kami ke UK kapalterbang kami terpaksa landing ke Paris kerana cuaca tidak mengizinkan untuk kami direct terus ke London. hampir 4– 5 jam kami terpaksa tunggu di airport Paris.. Mak aiii mana kami ada duit sana ..masuk toilet cakap English lagi..kena terus pergi selepas masuk toilet..hahaha rupanya mereka tak nak cakap English. 

Setibanya di Airport Heathrow saya telah di soal berbagai bagai soalan oleh imegresen..tetapi bagi saya pass 3 bulan..saya hanya nak duduk sana 1 bulan je.. Di airport abang ipar saya telah menunggu saya di sana..keluar aje daripada Imegresen minah minah Salleh semua perhatikan saya sebab saya seorang je..Hehehe saya hanya cari rambut color hitam..sure orang Asia kan. 😕 

Cuaca waktu itu sejuk 12 darjah celcious..sejuk mak oiii. Tidur memanglah pakai Hitter memanjang..1st night sure tido awal..bangun pun awal..jam 4 pagi dah terbuntang mata ni..letih dan happy sesangat. Saya miss snow dalam masa 5 hari je…kalau tak sejuk beku la lagi gamaknya.

Awal 2 minggu saya shopping sakan ..pergi sana sini dan jalan jalan..duit ada lagi masa tu..hahahaha sampai kena kejar dengan anak mat salleh dekat sana..masa tu di tube station..erkkk takut & pucat giler but buat don’t know je la.. Banyak yang saya nampak budaya di sana memang berbeza dengan Malaysia.. ya la tempat orang.. dah puas shopping ..mana taknya tempat tinggal kakak saya berdekatan dengan shopping mall apa lagi..shopping la memanjang.. Percakapan dia orang pun berbeza..slang lain.. teringat saya sewaktu nak membeli key chain..tanya sales girl..kekekek dia org tak faham..last last baru dia org faham sebab  sebutan key chain..tu panjang termalu la seketika kekekeke 😳 

Bila duit dah merosot baru lah saya dududk di rumah tengok tv.. tapi seronok la sebab dapat merasa kehidupan di sana..banyak tempat di London saya pergi..Buchingham Palace, Madam Tusaud, Zoo London dan Malaysia Hall. Coklat & beberapa buah tangan saya beli..saya memang peminat Lady Diana..so banyaklah collection gambar Lady Di masa tu.. She’s a great LADY

Habis la cerita saya ketika bercuti ke London. Balik Malaysia wah mak aiii result periksa SPM dah nak keluar..kecut perut.. sure la masa turun daripada flight panas membahang dan muka saya pun merah macam buah apple. 

Sekian coretan hari ini 

As salam wbt  😛 

 

 

London Bridge

 

Big Ben

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *