Pengalaman yang tidak boleh dilupakan


Hi u all apa khabar???  😀  Semoga u all sentiasa sihat dan rezeki yang banyak seperti seorang Jutawan..amin

Setiap pagi kenalah berdoa yang baik baik kerana ia merupakan satu tindakbalas terhadap impian kita seharian. 

Hari ini saya tak hendak lah menulis dengan panjang lebar hanya beberapa perenggan sahaja  😉 

Mungkin u all tertanya tanya mengapa saya menulis tajuk tersebut?? Bukannya apa hanya memberi satu ikhtibar kepada kita semua.. 

Perkara ini telah berlaku agak lama semasa saya di zaman sekolah lagi.. hmm ceritanya begini 

Satu hari saya telah pergi ke sekolah seperti biasa menaikki bas sekolah. Biasa la ramai penumpang budak budak sekolah di dalam bas tersebut. Sekolah saya adalah jenis sekolah kebangsaan perempuan so jadinya ramailah peminat budak budak sekolah daripada High School telah buat bising di dalam bas. Hmm naik pekak telinga kalau dia orang ada dalam bas sekolah. Nak jadikan cerita hari itu saya memakai baju gaun sekolah biasalah zaman dahulu kami pakai gaun jarang pakai baju kurung ke sekolah. 

Semasa nak turun daripada bas sekolah baju saya tersangkut pada cangkuk pintu bas sekolah..hahaha nasib baik bas tak jalan lagi..tergantung lah saya di situ.. nasib baik ada konduktor bas telah mengangkat saya..terasa malu sesangat terus saya berlalu pergi turun daripada bas.. Kejadian itu tidak akan saya lupakan sampai bila bila ..ada ke boleh tersangkut dekat situ  😛 

Kejadian yang ke 2 …semasa saya dan abang saya belajar naik basikal..mana ada basikal yang kecik masa tu..semuanya yang besar besar..Abang saya telah mengajar saya untuk membawa basikal..tetapi waktu ini saya telah duduk di belakang basikal..membuncing di belakang basikal. Aleh aleh ..basikal tu terus meluru masuk parit..kakaka..kami terjatuh dalam parit.. Sewaktu kejadian tersebut ada satu trak lori askar lalu di hadapan rumah kami..malu oooiii waktu itu..

 

 

<span style="font-size: 14pt;">Gambar kenangan semasa saya kecil cuba cari gambar saya.. ;)</span>

Gambar sewaktu saya kecil dahulu..cuba cari saya..yang mana satu eh  😎 

Sampai di sini sahaja tulisan saya untuk hari ini. Hingga ketemu lagi 

As salam wbt  😎 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *