Apa Punca Berak Berdarah

APA PUNCA BERAK BERDARAH?

Ada banyak punca berlaku pendarahan di dalam najis. Doktor akan mengambil sejarah berkenaan dengan cara pembuangan najis pesakit.

1. Buasir (haemorrhoid) – disebabkan oleh luka yang berlaku dari pembuluh darah di bahagian lubang dubur. Selalunya pesakit pernah mengalami sembelit. Darah yang keluar adalah darah merah segar selepas membuang najis.

2. Divertikulum – adalah poket-poket kecil yang terdapat sepanjang usus besar. Darah yang keluar adalah darah yang segar dan kadang kala Darah beku yang berketul. Pesakit berasa ingin membuang air besar tetapi yang keluar adalah darah segar, tiada najis.

3. Kanser usus – Darah keluar tanpa sebarang rasa sakit waktu membuang najis. Darah akan bercampur dengan najis. Pesakit pernah rasa sembelit dan cirit-birit bersilih ganti.

4. Luka di anus (anal fissure) – Pesakit yang sembelit boleh mendapat luka di lubang dubur. Darah daripada luka ini adalah darah merah segar dan pesakit akan berasa sakit di lubang dubur ketika menerangkan di tandas.

5. Polip – adalah ketumbuhan tisu yang terdapat di sepanjang usus kecil dan besar. Semakin dekat kedudukan polip dengan dubur, semakin merah segar darah yang keluar. Polip berpotensi untuk menjadi kanser usus.

6. Angiodisplasia – Pembuluh darah kecil yang tidak normal berlaku di sepanjang usus, menjadi luka dan menyebabkan berak berdarah, sama ada pendarahan merah segar atau kehitaman.

7. Keradangan usus (proctitis / colitis) – ia adalah keradangan yang berlaku akibat jangkitan kuman. Pesakit akan mengadu cirit bercampur dengan darah atau najis yang lembut diselaputi darah.

8. Ubat-ubatan sintetik – beberapa jenis ubat boleh menyebabkan pendarahan seperti ubat pencair darah – warfarin dan aspirin.

Semoga bermanfaat.

http://wasap.my/60197555392

http://Kacip Fatimah

#HealthDrZubaidi

http://kaykacip.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *