Selamat Menyambut Bulan yang Mulia “Rabiul Awal” 1438

Hi U all 

Agak lama juga saya menyepikan diri kerana saya amat sibuk dengan tugas tugas harian yang tidak menang tangan di buatnya. Saya memang ada terfikir untuk mengupdate Blog saya ini. Di bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Kelahiran Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Kita ambil ikhtibar daripada cerita cerita Nabi Muhammad SAW untuk menyibarkan agama Islam yang Mulia ini. 

Teramat banyak kisah kisah Nabi Muhammad SAW yang dapat kita ambil ikhtibar.  Peristiwa Nabi berhijrah ke Madinah untuk mengembangkan Islam di mana beliau mendapat tentangan daripada bapa Saudara beliau iaitu Abu Jahal. Darah daging beliau sendiri yang amat beliau hormati telah menentang agama Islam. Itu Nabi hadapi dengan tenang serta mendapat taufik hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala.

Bagaimana pula kita manusia biasa dapat melalui onak duri dalam dunia yang fanak ini. Dengan berbagai bagai cerita dogeng yang kita pernah dengar bahawa adik beradik bergaduh sesama sendiri di dalam merebut harta pusaka keluarga. Ini amat menyedihkan kerana harta di dunia ini amat di perlukan untuk kehidupan seharian kita, tanpa kewangan sudah tentu hidup akan melarat seperti peminta sedekah. Hidup meminta minta kepada sanak saudara, sahabat handai dan rakan rakan sekeliling. Ia amat memalukan. 

Oleh itu kita hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, hendaklah saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dunia cyber sekarang ini banyak berlaku salah guna info ataupun mencari kenalan di alam maya. Berhati hati kerana ada yang menyalah gunakan untuk tujuan menipu orang kerana banyak yang telah berlaku. 

Ini semua puncanya tamak haloba dengan kewangan, kesenangan dan macam macam lagi keinginan yang di cari. 

So u all ambil lah contoh tauladan daripada peristiwa yang telah kita baca di dada akhbar, di kaca tv dan cerita u all sendiri. Yang baik kita jadikan tauladan sebaliknya kita jadikan sempadan.

Akhir kata maafkan saya kalau ada salah dan silap serta ada masa nanti saya akan coretkan di dalam blog saya. Selamat menyambut Tahun 2017 yang tidak lama akan menjelang tiba.

Selamat Malam u all. 

Bye  😉 

14705630_10207630051769148_294626418134293851_n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *