Selamat Hari Raya :)

 

As salam Wbt ..hi uall

Lama saya tidak bersiaran. Now ni tengah menyambut Ramadhan Al Mubarak, sudah pun separuh bulan kami berpuasa. Letihkan sebab banyak aktiviti amal serta buat kuih raya sekali. Saya tidak ada yang istimewa baju Raya pun sudah tempah tapi tidaklah seperti tahun tahun yang sudah. Saya hanya menempah baju 1 pasang sahaja hahha sebab baju yang last year ada banyak lagi tidak terpakai..itu yang saya malas nak membeli lebih lebih.

Pada tahun ini saya menyambut dengan ala kadar sahaja..maklumla tahun ni saya terjebak dengan bisness Kuih Raya Choklat Stick berperisa..suka2 la hendak memasarkan kuih ini di tempat tempat yang tertentu. Projek ini atas usaha rakan saya.. saya hanya menumpang rezeki Alhamdulillah sambutan amat memberansangkan. Senang sahaja membuatnya celup dan letak perisa yang di sukai..cuma ngap la..sedap..macam biskut Chorro tu bersalut coklat. 

 

 

Kerepek Pisang Tanduk yang ranggup. 😉  

 

Coklat Berperisa Nestum & Coklat Rice

Kalau u all nak order anytime saya boleh buatkan ..sentiasa menerima tempahan di mana u all berada..just roger roger k  😆 

K la tanpa membuang masa saya di sini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya yang bakal tiba. Janganlah simpan di hati kalau ada salah & silap..maaf di pinta.. Drive elok elok dan kalau mengantuk tidor dahulu kerana ia dapat menyelamatkan nyawa orang yang tersayang. 

Semoga terhibur dengan lagu Hari Raya daripada saya ..bye u all ..As salam wbt  😉 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *