Sawan serta demam yang panas

SAWAN DEMAM
.
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi di kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
.
Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas dikalangan bayi atau kanak-kanak kecil yang normal. Diagnosa sawan demam hanya boleh dibuat selepas doktor mendapati tidak ada punca-punca lain yang menyebabkan sawan selain dari suhu badan yang tinggi (biasanya melebihi 38ºC).
.
TANDA-TANDA DAN GEJALA
.
1. Anak akan tidak sedar diri atau tidak menunjukkan tindak balas bila dipanggil.

2. Kedua-dua kaki dan tangan kejang atau tersentak-sentak.

3. Mata mungkin terbeliak ke atas.

4. Kadang-kala kekejangan atau sentakan hanya berlaku pada sebahagian anggota badan sahaja, seperti satu tangan atau satu kaki.

5. Sawan biasanya berhenti dengan sendiri selepas 2-3 minit atau kurang, dan jarang melebihi 10 minit. Bagaimanapun dalam kes di mana sawan melebihi 5 minit, kanak-kanak tersebut perlu di bawa ke klinik berdekatan secepat mungkin.

6. Semasa sawan, kanak-kanak mungkin tercedera (akibat jatuh) atau mungkin tercekik makanan/air liur di dalam mulut.

7. Kebanyakan kanak-kanak dengan sawan demam mengalami suhu badan tinggi melebihi 38.5oC.

8. Kanak-kanak dengan sawan demam tidak semestinya mendapat epilepsi (epilepsi atau “sawan babi” adalah kejadian sawan yang berulang-ulang dan tidak dicetuskan oleh demam).

9. Kebanyakan sawan demam berlaku pada hari pertama kanak-kanak demam.
.
Majoriti besar sawan demam adalah tidak membahayakan. Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa sawan demam boleh menyebabkan kerosakan otak. Kajian perubatan mendapati kanak-kanak yang sawan demam memperolehi pencapaian yang normal di sekolah dan mempunyai tahap kecerdasan yang sama seperti adik-beradik lain yang tidak mengalami masalah sawan demam. Malah dalam kes-kes yang jarang berlaku di mana sawan berlarutan sangat lama melebihi satu jam, didapati kanak-kanak tersebut juga pulih sepenuhnya.
.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO UNTUK SAWAN DEMAM BERULANG
.
1. Usia muda (kurang daripada 15 bulan) semasa serangan sawan yang pertama.

2. Sawan terjadi sejurus selepas demam bermula atau bila suhu badan adalah normal.

3. Sejarah sawan demam di kalangan ahli keluarga terdekat (ibubapa dan adik-beradik).

4. Sejarah penyakit epilepsi (sawan babi) di kalangan ahli keluarga terdekat.
.
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANAK MENGALAMI SAWAN?
.
1. Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.

2. Jauhkan anak anda dari sebarang benda yang berbahaya atau tajam.

3. Jangan sekali-kali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan.

4. Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan.

5. Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.

6. Bawa anak anda ke hospital dengan segera, jika sawan berlaku.

7. Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak.

p/s :Semasa kecil dahulu anak saya pernah kena sawan kerana demam panas. Hinggakan dia mendiamkan diri seketika saya benar benar takut ketika itu sebab takut ia akan menagkap ke kepala tetapi saya memang lencun dia dengan air serta basahkan towel agar tempreture turun. Seterusnya memang saya bawa dia admit ke hospital untuk mendapat rawatan yang wajar. Hati hati lah sekiranya u all ada anak yang kecil kerana mereka memerlukan perhatian yang lebih. Semoga di permudahkan segala urusan aamin.  🙂
.http://kaykacip.com

https://www.facebook.com/Kacip-Fatimah-1112425465474966/

http://wasap.my/60197555392

#HealthDrZubaidi

Image may contain: one or more people, baby and closeup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *