Sakit Jantung

SAKIT JANTUNG

Setiap individu atau keluarga sentiasa inginkan suasana ceria dan sihat dari segi fizikal, mental dan sosial. Namun, semasa kita berada dalam keadaan riang gembira, sesuatu yang tidak terduga boleh berlaku secara tiba tiba. Sakit jantung boleh terjadi pada bila bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dicegah, dirawat dan dielakkan.

Jantung adalah organ yang terdapat di dalam badan kita. Ia dibina dari otot yang kuat dan mendapat bekalan darah dari jaringan saluran darah yang mengelilinginya. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah. Jantung yang sihat berupaya mengepam 10 ribu liter darah sehari dan berdenyut kira-kira 100 ribu kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol. Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada.

Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung. Di antara tanda tanda sakit jantung ialah pesakit akan berasa sesak nafas, berdebar, letih lesu, berpeluh dingin, rasa pitam, dan pengsan.

Apakah faktor faktor yang memungkinkan sakit jantung? Merokok menambah kemungkinan anda mengalami sakit jantung sebanyak tiga hingga enam kali. Di antara kesan asap rokok ialah 1. Pembekuan darah. 2. Pemendapan lemak di dinding saluran darah 3. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Oleh itu hargai lah jantung anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *