Penyakit Jantung

5 Strategi Cegah Penyakit Jantung

1. Jangan merokok atau mengambil tembakau

Ia adalah satu faktor risiko untuk mendapat sakit jantung. Bahan Kimia dalam tembakau boleh merosakkan jantung dan pembuluh darah yang membawa kepada penyempitan arteri (Aterosklerosis). Aterosklerosis boleh membawa kepada serangan jantung. 

Nikotin dalam asap rokok membuatkan jantung bekerja lebih kuat dan menyempitkan pembuluh darah serta kadar denyutan jantung meningkat. Karbon monoksida dalam asap rokok akan menggantikan sesetengah oksigen dalam darah.  Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dan jantung lebih bekerja kuat. 

Wanita yang merokok dan mengambil pil perancang berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung atau strok, terutamanya yang berusia 35 tahun keatas. 

Apabila anda berhenti merokok risiko untuk mendapat sakit jantung akan menurun mendadak dalam masa setahun.

 

2. Bersenam selama 30 minit

Melakukan senaman secara kerap setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Aktiviti fizikal membnatu anda mengawal berat badan dan megurangkan masaalah lain yang memberi tekanan kepada jantung seperti darah tinggi,   kolestrol dan diabetes. 

Jumlah senaman yang pendek atau ringkas selama 10 minit sudah mencukupi. Aktiviti seperti berkebun, mengemas  rumah dan turun naik tangga boleh di kira mencapai sasaran senaman juga. Tidak perlu anda bersenam dengan beria ia untuk mencapai kebaikan tetapi anda boleh mencapai faedah yang besar melalui cara meningkatkan kekuatan, jangkamasa dan kekerapan waktu bersenam anda.

3. Amalan permakanan yang sihat untuk jantung

Diet yang istimewa di kenali sebagai Pendekatan Pemakanan untuk menghentikan Hipertensi (DASH) boleh membantu melindungi jantung. Ia mengamalkan makanan yang rendah lemak, rendah kalestrol dan rendah garam. Ia kaya pada buah buahan dan sayur sayuran, bijirin dan produk tenusu yang rendah lemak. Kekacang, sumber protein rendah lemak dan ikan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Contoh sumber lemak tepu termasuklah daging merah, produk tenusu, kelapa dan minyak kelapa sawit. Lemak trans termasuk makanan bergoreng , produk bakeri , makanan ringan yang dah di paketkan, majerin dan biskut kering. Buah buahan dan sayur sayuran boleh mencegah penyakit jantung dan juga membantu mencegah cancer. 

Asid lemak Omega 3, ia melindungi diri dari mengurangkan risiko serangan jantung dan menentang degupan jantung tidak tetap dan merendahkan tekanan darah. Omega 3 boleh didapati dalam minyak flaxseed, minyak walnut, minyak kacang soya dan minyak canola.

4. Kekalkan Berat Badan Sihat

Apabila kita dewasa, berat badan kita yang di tambah ialah lemak bukan otot. Berat bertambah bermakna peningkatan peluang untuk berisiko sakit jantung. Berat badan yang sihat boleh di lihat melalui pengiraan indeks jisim tubuh (BMI). Jumlah 25 dan lebih tinggi dalam BMI berikut dengan tingginya lemak dalam darah, tekanan darah yang tinggi dan risiko penyakit jantung dan strok. 

Pengurangan berat badan yang sedikit amat berguna. Walaupun anda mengurangkan 10 peratus berat badan, anda boleh mengurangkan risiko tekanan darah, merendahkan tahap kolestrol dalam darah dan mengurangkan risiko mendapat diabetes.

5. Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Yang Kerap

Tekanan darah yang tinggi dan kolestrol tinggi boleh merosakakn jantung dan pembuluh darah. Pemeriksa kerap boleh memberitahu jumlah tersebut dan sama ada anda perlu mengambil sebarang tindakan. Orang dewasa perlu memeriksa tekanan darah sekurang kurangnya setiap dua tahun.  Tekanan darah yang optima adalah kurang daripada 120/80 milimeter.

Tahap kolestrol orang dewasa diukur sekurang kurangnya setiap lima tahun bermula pada usia 20 tahun. Kekerapan pemeriksaan di perlukan jika anda mempunyai faktor risiko untuk mendapat sakit jantung. 

Pemeriksaan Diabetes adalah perlu kerana Diabetes merupakan faktor risiko penyakit jantung. Ia bergantung kepada risiko seperti terlebih berat badan atau sejarah keluarga mengidap diabetes, anda perlu melakukan ujian mengesannya antara umur 35 dan 45 tahun.

Badan Sihat Dan Cergas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *