Olive Oil dan pengetahuan mengenainya

SAINS SENTIASA BERUBAH. KITA HARUS RAJIN MEMBACA DAN MENGKAJI

Kita makan buah-buahan hanya kerana rasanya sedap, atau mungkin sebab ia menyihatkan tubuh kita. Namun kita tidak tahu nutrient apa yang ada pada buah tersebut. Kita tidak perlu tahu secara detail setiap nutrient yang ada pada setiap buah, tetapi kita harus tahu secara umum apa kebaikan buah tersebut.

Terutama jika kita mula mengalami masalah kesihatan. Buah yang kita selama ini kita makan dan menjadi asbab untuk kita sihat, boleh bertukar menjadi mudarat apabila kita makan apabila kesihatan kita mulai merosot.
Oleh itu pengetahuan tentang nutrisi amat penting. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang boleh kita makan, dan apa yang kita tidak boleh makan pada masa tersebut.

Ilmu nutrisi sebenarnya bukan ilmu baru, telah lama dikaji dan data-data mengenainya telah dikumpulkan dalam banyak journal dan buku. Namun begitu kita harus sedar bahawa dalam mana-mana ilmu sains, termasuk imu biologi, ilmu perubatan dan ilmu nutrisi boleh berubah dengan penemuan penemuaan baru. Suatu fakta yang pada masa ini betul dan diterima, mungkin pada masa akan datang akan menjadi fakta yang salah dan ditolak. Ini kerana sains adalah imu yang progress. Ia akan bertukar dan berevolusi mengikut penemuan terbru dari kajian-kajian yang dilakukan.

Namun begitu ia tidak sepatutnya mengelirukan kita. Ilmu yang sebenarnya datang dari Allah, Tuhan semesta alam. Kita hanya menemui sepihan-sepihan fakta dari kajian yang dilakukan, disusun untuk menjadikan ilmu. Mungkin fakta yang ditemui adalah fakta yang tidak betul, atau fakta yang betul tetapi kita memberikan tafsiran yang salah. Akhirnya menjadi ilmu sains yang tidak benar. Kemudian diperbetulkan dengan penemuan yang baru.

Inilah yang berlaku pada teori Darwinism iaitu teori evolusi biologi yang dibawa oleh saintis naturalist Inggeris, Charles Darwin (1809–1882) yang mengatakan semua makhluk (haiwan dan tumbuh-tumbuhan) berasal dari sel-sel yang ringkas, berkembang dan akhirnya menjadi makhluk yang ada sekarang, yang mampu bersaing, berkelangsungan hidup dan membiak.

Mungkin apa yang beliau temui dari kajian-kajian beliau, adalah fakta yang betul dan benar untuk makhluk tertentu, tetapi ia mungkin tidak benar pada makhluk yang lain.

Beliau mengatakan manusia berasal dari monyet dan kera. Dan kita tahu bahawa teori itu tidak benar, walaupun teori ini berasaskan kepada penemuan dan kajian sains beliau temui.

Itulah ilmu sains. Sentiasa berubah dengan penemuan baru. Ilmu yang kita jumpa adalah ilmu-ilmu yang kita cantumkan serpihan fakta dari kajian yang kita temui. Betullah kata ulama, bahawa ilmu yang kita ada ini adalah sangat sedkit. Ibarat air di hujung jarum yang dicelupkan pada air lautan yang luas.

Kadang kala ilmu yang Allah kurniakan tidak tercapai akal kita. Jadi ilmu diturunkan sedikit demi sedikit. Yang penting jangan bongkak dan angkuh dengan ilmua yang kita ada. Begitu juga dengan pemakanan yang sering disebut dalam al Quran dan hadis seperti minyak zaitun. Ia adalah barakah apabila dimakan dan disapu pada tubuh. Sebelum ini mungkin masyarakat tidak nampak nilai nutrisinya lalu menolak pengamalannya.

Namun sekarang kita mendapati, semakin banyak kajian yang dibentangkan dalam journal mengatakan minyak zaitun adalah minyak terbaik digunakan sebagai makanan dan penawar.

Jadi begitulah. Sebagai masyarakat, kita harus banyak mengkaji, membaca dan terus bertanya. Kita akan menjadi umat yang cerdik, kuat dan terbaik.

Saya juga pengamal minyak zaitun OLIVIE yang menjadi asbab untuk saya lebih sihat dan bersemangat. Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *