Minyak Zaitun menurunkan kadar penyerapan Gula

MINYAK ZAITUN MENURUNKAN KADAR PENYERAPAN GULA (GLYCEMIC INDEX)

29 NOV 2018

Minyak Zaitun telah digunakan di pelbagai negara di sekitar Laut Mediteranian selama ribuan tahun. Ia kaya dengan kaya dengan MUFA (Mono Unsaturated Fatty Acid).

Dalam kajian, dibuktikan MUFA memang membantu menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular. Selain itu, MUFA juga dapat membantu untuk menormalkan kadar gula darah.

Bagi pesakit diabetes, menstabilkan bacaan gula dalam darah ke tahap yang normal adalah sangat penting. Masalah ini sebenarnya menjadi agak sukar kerana kebanyakan pesakit diabetes kerana setiap kali mereka mengambil karbohidrat, bacaan gula akan terus meningkat. Walaupun mereka mengambil ubat yang diberikan.

Dalam perkongsian tadi di UTM, saya memberikan beberapa cara terbaik untuk mengawal gula.

Pertama ialah dengan berpuasa secara syarie atau jika tidak mampu, boleh amalkan Intermittent Fasting. Bila berbuka/bersahur atau dalam “eating window” boleh ambil karbohidrat kompleks yang mempunyai Glycemic Index yang rendah.

Dengan ini kemasukan gula dalam darah berlaku secara beransur-ansur. Ini memberikan peluang untuk pankreas bekerja secara lebih efektif dengan bantuan ubat yang diberikan.

Selain itu, saya kongsikan juga bahawa kemasukkan gula dalam darah dapat diperlahankan dengan mengambil lebih banyak fiber dalam bentuk sayur-sayuran dalam hidangan. Kemasukan gula secara perlahan juga boleh dilakukan apabila kita mengambil minyak zaitun sebaik saja selepas makan atau ambil minyak zaitun bersama-sama makanan yang kita makan (kita tuangkan minyak zaitun dalam sayur-sayuran).

Selain menghalang kemasukan gula dengan lebih cepat, minyak zaitun sebagai minyak sihat dapat mencepatkan rasa kenyang dan rasa puas ketika makan. Ini akan menyebabkan pesakit diabetes mungkin dapat mengawal pemakanan mereka.

Dengan itu pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan tahap glukosa dalam darah.

Saya sentiasa mengamalkan minyak zaitun OLIVIE setiap hari.

Boleh hubungi staf saya untuk mendapatkan minyak zaitun OLIVIE yang terbaik.

📞📞wasap.my/60197555392

#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi

#myangle_mkay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *