Kesabaran

Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai tajuk ini. Ia merangkumi kehidupan kita seharian. 

Saya amat terkejut apabila melihat data data di internet dengan apa yang saya alami sekarang kerana sales saya drop sekali. Saya tidak tahu ini angkara siapa mungkin mereka telah memainkan peranan untuk menjatuhkan business saya. Di dalam dunia business memang keadaan ekonomi yang jatuh merundum telah mengakibatkan kesan ataupun impak yang amat tinggi kepada para business sekalian, mana tidaknya rata rata yang berbusiness tidak dapat mencari rezeki seperti dahulu. Dahulu kalau msg yang masuk amat banyak berbanding dengan sekarang. Ntah la saya pun tidak tahu kenapa terjadi begini. Amat sedih sekali  🙁  tetapi ia tidak menjatuhkan semangat saya untuk berbusiness saya teruskan juga dengan berbagai bagai cara. Insya Allah ia akan pulih seperti biasa. 

Allah itu ada dan rezeki itu tidak salah alamat. Saya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Allah sentiasa membantu kita sekiranya kita teraniaya. Amat sedih sekali apabila melihat keadaan seperti ini dan mendapat tahu ada orang telah menutup periuk nasi saya. uwaaa sedih aa 🙁 

Kita kena ingat kehidupan ini seperti roda, ada masa kita naik, ada masa kita turun. Tetapi Dia maha adil. 

 

 

 

Apabila saya teringatkan perjuangan saya belum selesai serta belum tercapai apa yang saya idamkan walaupun saya sudah 70 peratus mencapainya, saya belum tahu erti untuk undur diri dalam business. Kerana walaupun dapat untung yang sedikit saya amat berpuas hati dnegan pencapaian saya kerana ia adalah hasil titik peluh saya sendiri. Dalam sedih kena ada gembiranya kerana kalau bersedih nanti otak akan tepu berfikiran yang negatif. Kena buang jauh jauh sikap yang negatif. 

Dari itu kalau kita terjatuh hari ini, esok kita bangkit semula kerana kebangkitan kita akan membuahkan hasil yang baik daripada semalam. 

Sekian untuk kali ini..jumpa lagi..

Mood cuti sudah melanda..bye bye Malaysia  

Assalammualaikum wbt

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *