Kenapa Perut Buncit

 

graphic_herbalife_fat_loss_belly_fat_six_pack_abs
Perut Buncit

Masaalah perut buncit sering dikaitkan dengan golongan lelaki yang sudah berkahwin. Ramai juga kaum wanita menghadapi masalah yang sama. Ia telah menjadi satu perkara yang merungsingkan kerana di sangka mengandung 6 bulan tetapi tidak. Sebab sebabnya :

1. Keturunan

Faktor keturunan dari orang tua amat sukar di hilangkan. Pada wanita ia terjadi daripada pengumpulan lemak pada perut dan di atasi melalui latihan aerobik dan olahraga memantapkan otot dan mengurangkan lemak perut.

2. Penuaan

Bertambahnya usia, produksi hormon dehydroepiandrosterone (DHEA) mulai menurun. Ia ada hubungan kait dengan peningkatan akumulasi lemak di perut.

3. Alkohol

Gula dan alkohol yang terkandung di dalamnya akan membuat otot kendur.  Alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Alkohol mengandung kalori yang tinggi, sama seperti jumlah kalori makanan berlemak. Hati akan bekerja dengan keras untuk menghilangkan alkohol dan menyaring gula di tunda. Gula tersebut di simpan dalam tubuh sebagai lemak. Alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan.

4. Tembakau

Tembakau dapat merosak kerja pencernaan. Jika anda merokok setelah makan , anda akan merasa kembung setelahnya. Berhenti merokok dan anda akan mendapat manafaat labih dari sekadar penurunan berat badan.

5. Stres

Stres boleh menganggu kerja tubuh dan pencernaan. Stres boleh membuat anda merasa kenyang dan menimbulkan masalah pada kemampuan tubuh dalam menyimpan lemak.  Hasilnya perut anda akan mengembang dan membuncit. Cara mengatasinya adalah dengan lebih relaks dan bernafas secara perlahan dan dalam. Wanita yang stres cenderung memiliki lemak perut berlebihan walaupun ia tidak kelebihan berat badan. Akibatnya daripada hormon stres kortisol yang mengakibatkan terjadinya lemak di sekitar organ perut.

6. Perubahan Hormon 

Perubahan hormon yang berkait dengan menopaus menjadi penyebab umum lemak berlebihan di perut. Menopaus menyebabkan penurunan produksi hormon seks estrogen yang mengarah pada peningkatan lemak perut.

7. Makanan Ringan / segera

Makanan segera memang mengandungi jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Ia akan menyumbang kepada masaalah perut buncit.

8. Tidur Selepas Makan

Hindari tidur selepas makan kerana ia akan menyebabkan proses pencernaan di usus tidak dapat bekerja dengan baik dan akibatnya perut buncit.

9. Susu

Mengambil susu tinggi kalori membuat perut anda buncit. Ganti dengan susu yang rendah kalori lemak.

10. Gula gula getah

Kalau anda hendak langsing pastikan anda tidak menguyah sepanjang masa kerana udara yang anda hirup saat menguyah gula gula menyebabkan perut kembung.

 

Anda ingin sihat klik di sini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *