Impian menjadi kenyataan

 

Bergambar bersama Idola saya yang telah membuka minda saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya di satu hari nanti ..insya Allah step by step I follow u behind.. 😉

 

Di kelilingi oleh tenaga pengajar IKSB yang berwibawa..thank you u all memberi tunjuk ajar kepada kami semua..semoga kami dapat menggunakan ilmu itu dengan sebaik mungkin  😉 

Setiap orang pasti ada cita cita bukan. Mula mula ia hanya sekadar angan angan mat jenin sebab dia bukan lagi di dunia yang realiti. Tak apa lah sebab sudah ada tertanam di minda kamu semua tu yang terbayang bayang bukan. Untuk menjadi realiti kenalah kita usaha untuk mencapai setiap impian yang ada.

Hari ini saya merasa gembira kerana anak saya sudah pun khatam Al Quraan ..dengan tunjuk ajar daripada Ustaz & Ustazah yang datang ke rumah beliau dapat khatam Al Quraan dengan jayanya..semoga beliau menjadi tahafiz Al Quraan yang berjaya satu masa nanti insya Allah ..Alhamdulillah amin..  😉  Semoga anak saya menjadi seorang yang berjaya di dunia & akhirat

Hari berlalu dengan cepat sekali sudah hendak habis tahun 2017..maka tertutup lah diary 2017 nanti ..agar dia dapat menjadi satu kenangan yang manis kepada kita. Kita buka lembaran yang baharu di tahun 2018, nanti banyak kekurangan di tahun 2017 akan kita tambah di sini..jangan di biarkan apa yang tersirat di hati insya Allah akan di usahakan untuk berjaya dan gilang gemilang..Victory & Success  😀 

Di dalam dunia perniagaan saya setiap hari akan berjumpa dengan banyak kerenah customer dan ragam ragam yang baik dan yang kurang menyenangkan hati. Itu lumrah di dalam perniagaan, tak kira lah besar atau pun kecil..sama sahaja. 

Akhir kata kalau ada rezeki kita berjumpa lagi 

As salammualaikum wbt 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *