GARISAN DI PERUT SEMASA HAMIL

Coretan credit kepada Dr Zubaidi UTM

Pagi ini saya mendapat enail. Seorang wanita hamil begitu risau tentang garisan hitam di perut (abdomen) beliau. Tanda hitam semakin jelas kesihatan setiap hari. Berbanding dengan rakan beliau yang juga hamil, tanda garisan hitam itu tidak begitu ketara. 

Sebenarnya tanda garisan begitu disebut sebagai Linea Nigran adalah tanda yang normal, bukan bermakna mengalami apa apa masaalah kesihatan semasa hamil. Jadi jangan risau. Garisan ini sebenarnya lebih jelas bagi wanita yang sebelum hamil pun mempunyai garisan ini, cuma mungkin ia tidak berapa jelas. Ia mungkin cerah dan di sebut sebagai linea alba. Ada sesetengah wanita garisan ini tidak kelihatan jelas pun.

Garisan ini bermula dari pusat di abdomen sehingga ke tulang ari ari (public bone). Semasa hamil ia kelihatan lebih gelap. Ia lebih kelihatan apabila seorang wanita menghampiri bulan ke lima usia kehamilan. Tidak diketahui punca sebenarnya garisan ini berlaku. Cuma ada teori yang mengatakan ia di sebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Pada masa ini melanocyte-stimulating hormone yang di keluarkan oleh uri (placenta) menyebabkan garisan ini menjadi lebih gelap. Ia juga menyebabkan kawasan di sekitar puting (areolar) menjadi lebih gelap.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of family Medicine and Primary Care di India mendapati wanita yang mempunyai garisan kehamilan seperti ini berlaku pada wanita yang mengalami masaalah kekurangan asid folik semasa hamil.

Sebenarnya kajian ini memberitahu bahawa kekurangan asid folik bukanlah penyebab masaalah ini. Cuma wanita yang mengalami kekurangan asid folik akan menunjukkan garisan kehamilan yang lebih jelas. 

Rujuk : Pregnancy and Skin. J Family Med Prim Care. 2014 Oct-Dec: 3(4): 318-324

Ia juga bukan sebagai tanda bahawa anak dalam rahim adalah anak lelaki. Jika ia berlaku, ia mungkin hanya kebetulan sahaja. 

Jadi jangan risau dengan garisan ini. Ia adalah normal berlaku semasa hamil. Garisan ini akan semakin hilang apabila selepas melahirkan anak.

Sapukan sedikit minyak kelapa dara (VCO) atau serum vitamin E, garisan ini akan lebih cepat hilang. Pengambilan vitamin E juga membantu mendapatkan kulit yang lebih cantik selepas melahirkan anak.

Rujukan:

Johnson, Robert V. (Ed) (1994) Mayo Clinic complete book or pregnancy & baby’s first year. New York, NY : William Morrow and Company, Inc. 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *