Formula Diet

10 PERKARA TENTANG DIET YANG DIAMALKAN OLEH DR. ZUBAIDI

Diet saya adalah :

1. Diet saya makan sehingga kenyang-bukan makan sedikit dan kerap. Saya akan makan sayur-sayuran (low carbo) sehingga kenyang

2. Diet saya makan bila lapar- tiada waktu untuk masa makan tertentu seperti mesti bersarapan atau mesti mesti makan tengah hari. Saya makan bila lapar.

3. Diet saya simple. Boleh diamalkan di mana-mana walaupun di kedai mamak atau waktu kenduri kendara. Tiada alasan untuk tidak menjaga pemakanan sebab saya hanya menukar pilihan kita.

4. Diet saya tidak mahal kerana saya mengurangkan kekerapan untuk makanan dan memilih sayur-sayuran tempatan (ulam) dan kompleks carbo untuk kekal kenyang.

5. Diet saya bukan diet cara hidup yang baru tetapi diet yang betul dan telah diamalkan oleh datuk nenek kita sejak zaman silam. Cuma hari ini kita terbiasa dengan pemakanan yang salah sehingga kekok untuk membiasakan diet yang betul.

6. Diet saya bukan diet vegetarian sebab walaupun saya mengambil banyak high fiber (sayur-sayuran) tetapi saya juga mengambil banyak protein dan fat. Matlamat kita kurangkan carbo.

7. Diet saya telah membantu ramai orang mengurangkan berat badan, membantu orang mengekalkan kesihatan dan membantu ramai pesakit kronik.

8. Diet saya menggalakkan pengambilan bahan-bahan makanan yang natural dan segar. Tinggalkan bahan makanan yang diproses dan tidak segar.

9. Diet saya mudah diamalkan kerana ia tidak membuatkan kita cepat lapar kerana mengambil unsur masam dan manis dalam buah-buahan sebagai pelengkap diet.

10. Diet saya adalah sebahagian rawatan dan ubat untuk penyakit. Ia bukan setakat makan dan minum saja.

p/s : Untuk detoks u all boleh mengamalkan Olivie Oil, Olivie Power up, madu , sari cuka teen dan Habatussauda tq  🙂  😎

http://wasap.my/60197555392

https://www.facebook.com/Kacip-Fatimah-1112425465474966/?eid=ARBWvacgJh3hKIKnIsOyGOwtOWuhKEua4EVyBw4DZe45TSZ56rT4NzUCLfElW4mHzbVjtCgOT8OfDQS6

http://kaykacip.com

#HealthDrZubaidi

BUASIR.Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza..1. Buasir dalaman (Internal Haemorrhoid).Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam..2. Buasir luaran (External Haermorrhoid).Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku..PUNCA BUASIR BOLEH TERJADI.Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa 30 tahun ke atas dan wanita mengandung. Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon..Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum dan dubur dan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran..SIMPTOM DAN TANDA-TANDA BUASIR.Kebanyakkan simptom buasir adalah tidak spesifik. Ini kerana ia juga boleh merujuk kepada penyakit lain. Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit adalah:.1. Pendarahan ketika buang air besar (berak berdarah)2. Ketulan di tempat pembuangan air besar3. Sakit pada ketulan tersebut4. Jika ada jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan pembentukkan nanah.Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:.1. Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).2. Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.3. Lakukan senaman setiap hari..RAWATAN BUASIR.Rawatan selalunya diberikan kepada pesakit yang hanya mengadu simptom tersebut dan rawatan yang selalu diberikan tidak melibatkan pembedahan. Ini kerana majoriti daripada penyakit buasir akan baik dengan sendirinya dengan pengambilan diet yang betul berserta ubat-ubatan yang sedikit sebanyak membantu.1. Diet.Pengambilan diet yang mempunyai serat yang tinggi boleh mengelakkan serta merawat penyakit buasir. Ini kerana ia boleh mengelakkan daripada masalah sembelit. Pesakit dinasihati untuk mengambil satu hidangan sayur untuk ketika setiap kali mengambil makanan yang berat. Kekacang juga salah satu makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi.Bukan itu sahaja, pengambilan air yang secukupnya juga boleh mengelakkan daripada menghadapi masalah sembelit. Kurangkan makanan yang mempunyai fiber yang rendah seperti roti putih, susu, keju, daging dan makanan terproses..2. Ubat untuk melembutkan najis.Pengambilan ubat terutamanya lactulose mampu melembutkan najis dan mengelakkan daripada sembelit berlaku..3. Ikat guna getah (Rubber band ligation).Boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Rawatan ini adalah sangat ringkas di mana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut..4. Pembedahan untuk buang buasir.Pembedahan hanya dilakukan jika pesakit masih mengalami penyakit buasir yang serius walaupun rawatan perubatan telah diberikan secukupnya.Pembedahan selalunya menyebabkan komplikasi dan mempunyai kadar penyembuhan yang lama, tetapi setelah sembuh penyakit buasir jarang menyerang semula berbanding dengan cara rawatan lain.Terdapat beberapa cara yang lain untuk rawatan buasir. Tetapi cara ini adalah cara yang selalu digunakan untuk merawat penyakit ini..#HealthDrZubaidikaykacip.com kaykacip.com/blog wasap.my/60197555392

Dikirim oleh Kacip Fatimah pada Sabtu, 25 Juli 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *