Elnino melanda lagi.. U all kena minum air yang banyak dan kurangkan aktiviti di luar terutamanya di waktu jam 3 hingga 5 petang kerana waktu itu haba amat terik .
Jangan lupa minum air yang banyak sehari 8 liter ataupun lebih.
Cuaca panas melampau di jangka berakhir dalam 3 bulan lagi. Kalau anda hendak bersenam hendaklah di lakukan aktiviti di dalam bangunan bukan di luar kawasan anda.
Fenomena Ekuinoks pada 20 Mac 2016 iaitu kedudukan matahari tepat di garisan Khatulistiwa. Bulan Mac dan April adalah bulan yang paling panas jika di bandingkan dengan bulan bulan yang lain.
- Pakai topi atau payung untuk mengelakkan pancaran matahari terus ke badan
- Banyakkan berada di tempat yang tertutup
- Duduk di dalam kenderaan dengan berhawa dingin.
- Pakai pakaian yang nipis dan berwarna terang, warna yang gelap menyerap haba dan elakkan memakai pakaian yang tebal tidak menyerap peluh.
- Memakai losyen pelindung SPF 30 ke atas.
- Mandi ataupun gunakan kipas udara untuk menyejukkan badan.
- Minum minuman Isotonik untuk menggantikan garam dan mineral dalam tubuh badan.
- Elakkan guna kafein, alkohol atau minuman yang tinggi gula yang akan membuatkan badan anda dihidrat/ dahaga.
Semoga ia dapat membantu anda menghadapi kesan panas melampau.