Cerita hari ini sungguh sayu hati ku

Hi u all…crita hari ini berkenaan bunyi lolongan anjing di perumahan rumah saya semasa saya tengah membaja pokok pokok orkid di taman rumah saya ..  🙁    Saya berasa hairan sebab anjing tersebut melolong lolong kesakitan macam kena dera..tak tahu la siapa punya kerja. Walau pun anjing itu jahat telah mengejar ramai orang atau pun bising menyalak nyalak atau sebagainya ..hormat lah dia kerana dia juga makhluk Allah.. 🙁  

Saya pun fobia dengan anjing kerana saya beberapa kali telah di kejar dengan anjing sewaktu saya balik kerja sewaktu dahulu dan ketika berjogging dengan kawan saya sewaktu sekolah dahulu..mana tidaknya subuh hari kedinginan syahdu saya dengan kawan saya telah berpakat untuk bejogging di kawasan kampung kerana kami ada buat tutorial berkhemah dengan budak budak sekolah di kampung. Saya ada lah salah seorang Pandu Puteri yang terpilih untuk mengajar anak anak sekolah tersebut dalam panduan Pandu Puteri serta Pengakap daripa Sekolah High School Muar..Sekolah saya semua budak perempuan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar Muar.  Haha  😛 yang hendak tergelak tu saya dan kawan saya budak China telah memakai kasut sekolah ya la..warna putih kasu kami…dalam kegelapan sure  nampak kaki je putih yang berlari kan… tiba tiba ada seekor anjing datang hendak menerkam kami..hahaha saya naik kecut perut dan tak bergerak langsung..nasib baik la kawan saya tu orang China bolih lah memanggil tuan anjing tersebut..Panik sungguh saya waktu itu serta kecut perut yang amat sangat.

Sehingga hari ini saya dah fobia bila tengok anjing. Lagi satu cerita saya balik daripada kerja..mesti lalu jalan yang ada anjing..hahahha macam macam helah yang saya buat dekat anjing tu..ambil batu ..kayu la nak baling dekat anjing tu..last last saya kena ligan juga dengan anjing wakakaka  😆

 Memang lah kita ada undang undang untuk menangkap anjing yang berkeliaran tetapi bukannya menzalimi binatang tersebut.. seperti kucing peliharaan kita kalau orang siksa pasti kita marah bukan..  🙂

 K lah nanti kita crita lagi eh…Selamat beristerihat dan maju jaya dalam bidang yang anda ceburi..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *