Cara Mudah Untuk Hamil

Beberapa Cara Untuk Mudah Hamil Perkongsian Profesor Dr Hamid Arshat

Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita berada pada tahap paling subur sebelum umur mencecah 20 tahun. Ketika itu, belum tumbuhendometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.

Jika ada jodoh, jangan tangguh walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya. Lebih 80% akan hamil dalam tempoh satu tahun selepas berkahwin.

Jika ada senggugut atau gangguan haid, jumpa doktor secepat mungkin untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan

 

Masalah kesuburan wanita

 

Pastikan status kesihatan dan kesuburan kedua-dua suami isteri berada pada tahap terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

Pastikan anda mampu melakukan hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang telah kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan berkahwin.

Peluang hamil adalah terbaik jika pusingan haid isteri teratur, iaitu sekitar 28 hinga 30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari (14 hari sebelum haid berikutnya).

Waktu subur juga boleh dikesan menggunakan catitan Body Basal Temperature (BBT)dan Ovulation Predictor Kit (OPK)

UPT Test

Selain itu, waktu subur juga boleh dikesan dengan memerhatikan perubahan  lendiran pangkal rahim (servik).

Lakukan hubungan seksual selang semalam bermula hari ke 12 hingga hari ke 20 (hari ke 12, hari ke 14, hari ke 16, hari ke 18 dan hari ke 20).Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.

Baca surah al-Fatihah, ayat qursi dan tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas) sebelum tidur.  Baca juga doa untuk mendapat zuriat yang terbaik sebelum berjimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur.

“Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2 hingga 4 jam atau terus tidur.”

Jika ada peluang, pergi bercuti di tempat peranginan ketika isteri subur. Ketenangan jiwa dan kelapangan fikiran kedua-dua suami dan isteri adalah sangat penting untuk menjayakan kehamilan.

Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.

images

Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca al-Quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

Couples-reading-Quran

Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindari pematangan telur (ovulation). 

Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar mentah – buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhi gula dan manisan, fast food dan junk food.
Buah-buahan Tempatan

Ekstrak Kacip Fatimah Keluaran Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Isteri amalkan supplement multivitamins, vitamin E dan vitamin C serta folic acid. Suami amalkan zinc dan selenium.

Prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan.

  • HSG untuk buka saluran fallopian menghasilkan 30% kehamilan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
  • Begitu juga prosedur D&C hydrotubation, 30% kadar berjaya hamil.
  • Rawatan suntik benih suami (IUI) juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
  • Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya.
  • IVF dan ICSI begitu juga hasilnya 30% kehamilan dengan kos tinggi RM15K – RM20K.
  • Pembedahan laparoscopy atau minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain-lain menghasilkan 50-60% kehamilan dalam jangka masa panjang.
  • Ekstrak Kacip Fatimah UTM terbukti membantu menstabilkan hormon dan meningkatkan kesuburan wanita seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.
  • Testimoni Ekstrak Kacip Fatimah UTM Jika anda mahu cara untuk memudahkan anda hamil, Ekstrak Kacip Fatimah UTM ini adalah alternatif kepada mereka yang sukar hamil dan belum bersedia untuk mencuba teknik-teknik yang mahal seperti IUI, IVF dan ICSI.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *