Apakah Endometriosis

endometriosis

 

 

Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang belum dikenalpasti puncanya yang sebenar.

Ada teori yang menjelaskan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahim melalui faraj, telah berundur ke belakang dan membawa bersama tisu endometrium (dinding rahim), kemudian masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen). Ini menyebabkan saiznya membesar dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.

Antara tanda anda mungkin menghidap Endometriosis ialah

1. Kerap senggugut yang teruk
2. Haid berpanjangan dan berlebihan
3. Kitaran Haid tidak teratur
4. Sakit ketika atau selepas melakukan hubungan seksual
5. Rasa letih dan mudah penat ketika haid
6. Sakit di bahagian punggung, bawah perut atau pinggang
7. Rasa seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid

Anda mungkin mengalami sebahagian atau keseluruhan tanda-tanda di atas, berbeza mengikut individu.

Endometriosis mengakibatkan

1. Masalah keputihan akibat jangkitan kuman pada pangkal rahim
2. Sukar untuk hamil
3. Keguguran yang berulang

Selalunya rasa sakit ini berulang setiap kali kedatangan haid dan ubat-ubat yang dibeli dari farmasi selalunya berkesan untuk seketika saja.

Berita Harian melaporkan, terdapat kes pesakit Endometriosis tahap 3 yang nyaris kehilangan nyawanya kerana lambat dikesan dan dicegah. Beliau menyangka kesakitan yang dialaminya selama ini hanya perkara biasa sahaja.

Cara Hilangkan Senggugut dan Ubat Senggugut

Kajian saintifik oleh beberapa profesor di UTM selama bertahun-tahun yang menelan belanja sehingga RM2juta mendapati, Kacip Fatimah terbukti membantu:

1. Mengurangkan masalah senggugut
2. Mengembalikan kitaran haid yang normal dan teratur
3. Menambah tenaga semasa bekerja dan hubungan seksual
4. Menegangkan otot faraj dan mengecutkan rahim
5. Mengurangkan risiko turun rahim (uterine prolapse)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *